PhotobucketPhotobucket
0 SkyNNiEyL0vELiEs

PhotobucketPhotobucket

andai mereka rasa apa yang kita rasa


Assalammualaikum,
#ini entry emo =.=

Hyeee, it's May. everyday i wish for a better day to come.
kita hanya manusia yang mampu merancang dan berdoa. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. hari ini mungkin kita gembira, nampak okay-okay saja. tapi kadang kala kita terpaksa berpura-pura, biar nampak biasa, biar tiada yang terasa. hakikat yang sebenar cuma kita yang rasa. biasalah, dah nama pun kehidupan. ada pasang surut nya. hendak menjaga hati semua bukan lah mudah. hipokrit merata-rata.

pernahkah kau rasa, kau berada dalam satu keluarga tetapi kewujudan kau tidak diperlukan ?? kau cuma bayang-bayang yang kadang wujud tetapi tidak diendahkan. sedangkan kau lebih tahu yang tersirat. cuba menyuarakan kebenaran. tetapi kau memilih untuk diam bimbang terbawa cerita yang bukan-bukan. kau cuba menjaga hati dan perasaan pihak tertentu untuk kebaikan bersama. tetapi mereka tidak nampak semua itu. tidak mengapa, mungkin mereka tidak tahu. mereka buat begitu mungkin juga untuk kebaikan semua. aku tidak salahkan sesiapa, cuma sedikit terasa apabila kita bersama tetapi kami tidak tahu apa-apa.

kenapa kami tidak perlu tahu, sedangkan kami juga di situ.
ataupun kami cuma batu, yang hanya mampu kaku.
kerana yang satu itu, mana pergi bersatu ?

mungkin mereka tidak tahu apa yang kita rasa. mungkin mereka tersalah tafsir mengapa kita begitu dan begini. kita nampak gembira pada luarannya, cuba berpura-pura biasa. hakikatnya semua itu hipokrit semata. tahu tak susah gila nak jadi hipokrit ! rasa macam tipu diri sendiri. tetapi aku terpaksa untuk kebaikan bersama. MAAF. kita cuba menjaga hati segelintir manusia. cuba berdiam diri tentang perkara itu. bimbang terkena tempias pada yang lainnya. tidak mahu mereka rasa apa yang kita rasa. siksa ! kita cuma pikirkan manusia sekelilingnya. diam bukan bermakna tidak tahu apa-apa. cuma malas nak besar-besarkan cerita. tidak sangka akhirnya jadi sebegini rupa. mengapa mereka tidak bertanya pada yang lebih mengetahui realitinya tetapi terlalu memandai sampai tersalah andaian. maaf jika ada tersalah kata. andai mereka rasa apa yang kita rasa. moga suatu nanti kebenaran tetap ada. terima kasih untuk semua ini.

#KEHIDUPAN - manusia bersama kerenah-kerenahnya. tak kan pernah ada akhirnya.

p/s : hari hari aku rindu kamu. tolonglah tahu.


2 comments:

cAhayA piLiHAn said...

itulah manusia yang perlu kita hadapai....bersabar k...

jUst skyNNiEy said...

hadapi dengan senyuman =) moga semua kan baik-baik saja.