PhotobucketPhotobucket
 stalker(s)

Sunday, May 13, 2012

#EMAK


#EMAK
anakmu ini sering mengguris hatimu
ingkar menurut katamu
selalu mengecewakanmu.

pada segala tingkah laku ku
tidak berniat melukai hatimu
tidak bermaksud mengecewakanmu.

#EMAK
memang banyak dosa telah ku lakukan terhadapmu
maafkan di atas segala kesilapanku
ku sentiasa bersyukur mempunyai kamu disampingku.

#EMAK,
doa untukmu tak kan pernah jemu
di setiap waktu ku sentiasa ada kamu
ku harap kau berbahagia selalu di samping anakmu.

walau jarak terpisah untuk sering bersamamu
anakmu di sini selalu merindukanmu
terlalu menyayangimu.

#EMAK,
hanya kau mengerti betapa aku sayang padamu
tidak cukup dengan hanya kata-kata dan ucapan semata
SELAMAT HARI IBU ku ucap untukmu,
 JAMAAH AHMAD 

hari-hari HARI IBU, rindu selalu.

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday - hooreeyyy !


lepas satu beban.
boleh sayy hooreeyyy !


*jangan nak  hooreeyyy ! sangat, banyak lagi tugasan lain menanti =.=

#okbye!

Tuesday, May 8, 2012

misi masa depan


Assalammualaikum,
hello hai hai,

''hidup ini perlukan misi''
aku punya misi besar dalam hidup ini yang aku pasti semua pun impikan misi ini. misi ini semakin dirasai apabila umur semakin bertambah pada angkanya. bukan lagi remaja tetapi sudah pun dewasa. yaa, aku sudah dewasa. tolonglah percaya ! tapi aku sendiri tak sedar diri kononnya masih budak-budak lagi. =.= bukannya tidak terima kenyataan yang aku sudah dewasa. mungkin awek muda agaknya. haha !
"semakin membesar usia, semakin pelbagai dugaannya"

mari mulakan misi ini !
semangat dan harapan dalam diri sentiasa di sisi.
rela berkorban demi misi masa depan yang diimpi.

misi ini seluas lautan tanpa sempadan

angan-angan ingin merentasi lautan luas, seluas misi yang di impikan.

jika misi ini gagal, rasa seperti ledakan meriam di hati. KECEWA lagi dan lagi T_T

sasaran misi harus dikenalpasti ! 

angan-angan bersama misi sentiasa di hati

harapan menggunung tinggi moga misi dapat direalisasi.

 misi masa depan #kahwin ♥
*TABIK*

tolong realisasikan misi ini ! pleasee
sentiasa menanti jejaka idaman di hati. ;p

andainya misi dapat direalisasi, alangkah bahagianya hati ini =)

rasa ini yang ku nanti,
*apabila daun hati berbunga, terpancar buih-buih bahagia*

tiba masanya nanti misi pasti direalisasi.
cuma waktunya belum pasti.
misi ini takkan pernah terhenti.
kan tetap menanti, pasti suatu nanti.
-------------------------------------------------------------
sekian misi mengarut ini. doakan misi ini dapat direalisasi.
~AMIN~

*open day TLDM, pelabuhan KUANTAN.
 bukan LUMUT. rindu nak balikk ;(


kau sentiasa ku nanti di hati  
dengarkan aku, ku merindukanmu ;(

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday - Hadapi dengan senyuman =)


KAWAN,
semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja. =)


#ThatsWhatIWantIsYOU.alwaysYOU

andai mereka rasa apa yang kita rasa


Assalammualaikum,
#ini entry emo =.=

Hyeee, it's May. everyday i wish for a better day to come.
kita hanya manusia yang mampu merancang dan berdoa. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. hari ini mungkin kita gembira, nampak okay-okay saja. tapi kadang kala kita terpaksa berpura-pura, biar nampak biasa, biar tiada yang terasa. hakikat yang sebenar cuma kita yang rasa. biasalah, dah nama pun kehidupan. ada pasang surut nya. hendak menjaga hati semua bukan lah mudah. hipokrit merata-rata.

pernahkah kau rasa, kau berada dalam satu keluarga tetapi kewujudan kau tidak diperlukan ?? kau cuma bayang-bayang yang kadang wujud tetapi tidak diendahkan. sedangkan kau lebih tahu yang tersirat. cuba menyuarakan kebenaran. tetapi kau memilih untuk diam bimbang terbawa cerita yang bukan-bukan. kau cuba menjaga hati dan perasaan pihak tertentu untuk kebaikan bersama. tetapi mereka tidak nampak semua itu. tidak mengapa, mungkin mereka tidak tahu. mereka buat begitu mungkin juga untuk kebaikan semua. aku tidak salahkan sesiapa, cuma sedikit terasa apabila kita bersama tetapi kami tidak tahu apa-apa. apabila bertanya, semua bagaikan tidak tahu sedangkan mereka lebih tahu segalanya.

kenapa kami tidak perlu tahu, sedangkan kami juga di situ.
ataupun kami cuma batu, yang hanya mampu kaku.
kerana yang satu itu, mana pergi bersatu ?

mungkin mereka tidak tahu apa yang kita rasa. mungkin mereka tersalah tafsir mengapa kita begitu dan begini. kita nampak gembira pada luarannya, cuba berpura-pura biasa. hakikatnya semua itu hipokrit semata. tahu tak susah gila nak jadi hipokrit ! rasa macam tipu diri sendiri. tetapi aku terpaksa untuk kebaikan bersama. MAAF. kita cuba menjaga hati segelintir manusia. cuba berdiam diri tentang perkara itu. bimbang terkena tempias pada yang lainnya. tidak mahu mereka rasa apa yang kita rasa. siksa ! kita cuma pikirkan manusia sekelilingnya. diam bukan bermakna tidak tahu apa-apa. cuma malas nak besar-besarkan cerita. tidak sangka akhirnya jadi sebegini rupa. mengapa mereka tidak bertanya pada yang lebih mengetahui realitinya tetapi terlalu memandai sampai tersalah andaian. maaf jika ada tersalah kata. andai mereka rasa apa yang kita rasa. moga suatu nanti kebenaran tetap ada. terima kasih untuk semua ini.

#KEHIDUPAN - manusia bersama kerenah-kerenahnya. tak kan pernah ada akhirnya.

p/s : hari hari aku rindu kamu. tolonglah tahu.
 

thr0ugh my w0rds by 'skyNNiEy hist0RiA'